Thursday, 8 October 2015

5 CARA ATASI KULIT BERMINYAK


KEBAIKAN KULIT BERMINYAK?
Kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu yang boleh menyebabkan pertambahan radila bebas.
Pencemaran dan debu ini akan menerobos masuk kedalam pori-pori kulit yang menjadi pemangkkin pertumbuhan jerawat.
Fungsi minyak pada kulit sebagai cairan sebenarnya mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal.
Namun masalah timbul apabila minyak yang terdapat dibawah kulit adalah berlebihan
Waja berminyak menangkap udara disekitar dan memerangkap debu dan pencemaran diwajah.
Kesannya pori wajah akan tertutup dan tersumbat akhirnya menyebabkan jerawat timbul.


PUNCA WAJAH BERMINYAK
Banyak makan makanan berlemak
Ini menyebabkan berlaku penimbunan lemak dibawah kulit.
Lemak dibawah kulit meransang lebihan minyak akhirnya minyak yang dikeluarkan menyebabkan kulit berminyak dan itu sangatlah tidak selesa.
Keseimbangan hormone yang tidak stabil
Wanita terutamanya sering mengalami perubahan hormone contohnya akibat PMS, hamil, menopous dan stress.
Perubahan hormone akan meransang rembesan minyak yang berlebihan biwah kulit.
Kosmetik
Sesetengan alat kosmetik yang mengandungi bahan kimia sangat berbahaya kepada kulit lebih-lebih lagi bagi kulit sensitive. Bahan kosmetik yang tidak sesuai akan menambahkan lagi punca pencemaran pada kulit seterusnya lebih banyak pori-pori tertutup dan memerangkap minyak dibawah lapisan kulit.
Genetik
Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi dengan pemakanan yang betul atau pengambilan suplimen bagi membantu mengawal penghasilan minyak dari dalam
Stress
Akibat daripada tindak balas stress tubuh akan menghasilkan minyak yang berlebihan akibat dari ransangan hormone.

5 CARA ATASI KULIT BERMINYAK
Mencuci muka
Anda harus mencuci muka sekurang-kurang 2 kali sehari. Tapi kita sebagai umat islam telah dituntut untuk solat 5 waktu sehari. Jadi sudah cukup dengan ambil wuduk dapat membersihkan kulit wajah sebersih-bersihnya. Bukan sahaja bersih dari kotoran luaran malah kotoran dosa jugak..kan?
Seboleh-bolehnya guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Ketika membeli pencuci muka pastikan produk tersebut mengandungi asid salicylic atau dikenali juga 2-hydroxybenzoic acid. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kalenjar penghasilan minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit.
Minum air kosong
25kg berat badan anda memerlukan 1L air
Jika berat anda 50kg maka tubuh anda memerlukan sekurang-kurangnya 2L air sehari
Air berfungsi untuk mengawal metabolism tubuh kerana tubuh yang mempunyai cukup air boleh memberi kelembapan dan menghalang pengahasilan minyak berlebihan.
 Mujarab air suam
Celup tuala muka yang bersih kedalam air suam yang dicampur dengan sedikit garam.
Tekap secara perlahan-lahan dan ulang beberapa minit sehingga tuala menjadi sejuk.
Air suam bertujuan untuk membuka pori-pori wajah manakala garam bertindak seperti magnet dengan menyerap dan  mengangkat kotoran pada wajah
Bersenam
Bersenam dapat mengeluarkan peluh yang membawa kotoran pada lapisan bawah kulit. Selain itu lakukan aktiviti ringan dapat mentasbilkan hormon dalam tubuh.
Amal Vitamin C dan E
Vitamin C dan E membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh mendatangkan masalah kepada kulit. Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen oleh tubuh untuk memastikan kesihatan dan keanjalan kulit dan mengawal penghasilan minyak pada lapisan kulit.
Vitamin E bertindak sebagai antioksida penting untuk memastikan bebas dari masalah kulit seperti pori tersumbat, jerawat, jeragat dan berminyak. Selain itu Vitamin E mampu memulihkan struktur kulit dari parut dan cela.


No comments:

Post a Comment