Thursday, 10 September 2015

Kepentingan Vitamin B untuk kesihatan saraf.

KORANG TAU TAK

Seluar jeans skinny berpotensi menyebabkan tibial neuropathy (hilang deria atau sensasi dibahagian bawah kaki)

Saraf berfungsi seperti penghantar yang menghubungkan otak keseluruh tubuh. Saraf memberi kesan kepada setiap pergerakan dalam badan kita iaitu merangkumi denyutan jantung, pencernaan dan pernafasan.

Saraf  yang sihat turut memainkan peranan penting untuk menjamin kesejahteraan aktiviti harian. Jika saraf bermasalah atau rosak maka kemampuan deria dan pergerakan akan terkesan dan terjejas.

Tanda-tanda keroskan saraf:
Kesemutan
Kesakitan mencucuk
Rasa kebas
Rasa sensasi terbakar pada anggota tubuh
Kesukaran merasai panas atau sejuk

Penyakit berkaitan saraf berpunca daripada:
Genetik
Penuaan
Masalah metabolisme
Trauma fizikal (mungkin pernah jatuh/ kemalangan dsbgnya)
Jangkitan
Nutrisi tidak seimbang
Gaya hidup
Kekurangan vitamin-vitamin B
Amalan merokok
Pendedahan kepada toksin (melalui pemakanan/pencemaran/radikal bebas)
Duduk terlalu lama tanpa pergerakan besar
Postur badan yang tidak betul
Pakaian yang terlalu ketat
Diabetes: paras gula yang tinggi dalam darah akan merosakkan saraf

Kebanyakan orang menganggap kesakitan/ ketidaselesaan yang dirasai berpunca daripada tekanan yang disebabkan gaya hidup atau pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Hakikatnya itu adalah sebahagaian tanda-tanda awal masalah saraf yang ramai tidak sedar.

Langkah-langkah pencegahan:
#Senaman
#Gaya hidup yang sihat
#Diet seimbang  yang kaya dengan vitamin-vitamin B
#Mengelakkan keadaan yang tidak aktif atau tidak melakukan aktiviti sama berulang-ulang
#Minta nasihat doktor untuk memahami keadaan saraf lebih menyeluruh


Kepentingan Vitamin B untuk kesihatan saraf.

Vitamin-vitamin bersifat neuropatik seperti vitamin-vitamin B merupakan perkara terpenting dalam penjagaan saraf yang sihat.
Vitamin-vitamin neuropatik ialah vitamin-vitamin B contohnya B1, B6 dan B12 yang berfungsi secara kolektif untuk merawat atau memperlahankan neuropati.
Vitamin B bertindak menyihatkan dan melindungi sel-sel saraf, mempertingkatkan fungsi sel-sel dan melegakan kesakitan.
Vitamin B1: Menguatkan saraf dan bertindak sebagai pembekal sumber tenaga bagi saraf.
Vitamin B6: Menggalakkan penghantaran impuls saraf dan membantu meredakan kesakitan.
Vitamin B12: Memulihkan saraf dan mengelakkan sel-sel saraf daripada rosak dan penting untuk kesihatan secara keseluruhannya.





.

No comments:

Post a Comment