Monday, 14 September 2015

KEBAIKAN KOLESTROL UNTUK TUBUH


Ramai yang tahu dan faham akan keburukan kolestrol tetapi ramai yang tidak tahu akan kebaikan kolestrol. Ramai juga yang salah faham tentang kolestrol. Tapi hakikatnya apa sahaja dalam hidup ini perlu berpada-pada atau perlu sesuai pada tempat dan kadarnya. Tidak terlalu berkurang tidak pula terlalu berlebih-lebihan.

Sama juga dalam konteks kolestrol dalam tubuh kita. Jika berkurangan pun akan menjejaskan kesihatan kerana kolestrol mempunyai fungsi tertentu yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan aktivitinya. Sebaliknya jika berlebihan pula akan menyebabkan masalah kesihatan umpamanya aterosklerosis(pembentukan plak pada pembuluh darah yang menyebabkan penyempitan dan pengerasan saluran darah), jantung dan darah tinggi.

Sebenarnya tubuh sudah menghasilkan 80% kolestrol sendiri sehingga ia tidak memerlukan kolestrol tambahan. Namun untuk memastikan cukup 80% kolestrol yang dihasilkan oleh badan secara semulajadi, tubuh memerlukan cukup nutrisi untuk memastikan penghasilan kolestrol lancar. Masalah ketidakstabilan penghasilan kolestrol timbul apabila kita tidak menjaga pemakanan serta gaya hidup.

Kebaikan kolestrol dalam tubuh
1. Membantu menghasilkan cairan hempedu yang dihasilkan oleh hati
2.  Membantu melindungi saraf
3. Membina sel-sel badan yang baru
4. Menghasilkan hormon tertentu yang dipelukan untuk perkembangan fungsi badan.
Kolestrol tidak larut dalam cairan darah sendirinya. Oleh itu protein diperlukan untuk mengiringi kolestrol melalui pembuluh darah keseluruh tubuh melalui proses yang dipanggil Lipoprotein.
Untuk memastikan proses dalam tubuh sihat dan stabil pastikan keperluan kolestrol seimbang melalui pengambilan pemakanan secara sihat.


BAGAIMANA SITUASI ANDA: CEGAH ATAU RAWAT?

PENCEGAHAN UNTUK KOLESTROL TINGGI
-Jaga diet & pemakanan
-Berhenti merokok
-Mengambil makanan rendah lemak
-Dapatkan berat badan stabil dengan mengawal pemakanan
-Amalkan pemakanan tambahan untuk mengawal kadar kolestrol- multivitamin

TIP HARIAN YANG PATUT DIAMALKAN UNTUK MENURUNKAN KADAR  KOLESTROL  TINGGI
1.Banyakkan makan sayur-sayuran tapi jangan dimasak berlebihan terutama dengn santan
2.Amalkan susu tanpa lemak
3.Elakkan makan makanan lauk seperti ketam, kerang,udang dan siput yang tinggi kalori
4.Jauhi makanan bergoreng
5.Elakkan kuning telur, amalkan putih telur sahaja           



MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK MEMBANTU PELARASAN TAHAP KOLESTROL DALAM DARAH SECARA SEMULAJADI

PHYTOCOL-ST
Phytocol diambil sebelum makan supaya dapat bertindak balas dengan kolestrol dalam darah. Ia membantu menghalang penyerapan kolestrol yang diserap melalui makanan kedalam darah seterusnya menurunkan paras LDL.

OMEGA GUARD
Membantu merendahkan tahap trigliserida dalam badan dan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap kolestrol baik.


Kalau ada lebih boleh add on LECITHIN
Bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, trigliserida dan lemak-lemak lain dan juga membantu penyerapan zat-zat penting dari saluran darah kedalam sel-sel badan seterusnya mengelakkan membran sel mengeras.

happy readin' y'all

No comments:

Post a Comment