Tuesday, 15 September 2015

11 SIMPTON AWAL KEHAMILAN

Simpton  kehamilan adalah berbeza untuk setiap wanita. Sesetengah wanita diaugerahka dengan kesihatan yang baik dan kecergasan semasa tiga bulan pertama manakala sesetegah  lain berasa amat sengsara. Berikut adalah beberapa perubahan yang mungkin dialami:

1.Pendarahan.
Kira-kira 25% wanita hamil mengalami pendarahan kecil semasa trimester pertama mereka.  Jika anda mempunyai pendarahan yang ketara, kekejangan, atau sakit seperti ketajaman di perut anda, Hubungi doktor anda kerana simpton-simpton begini cendrung menunjukkan  tanda-tanda kehamilan mungkin gugur atau ektopik (kehamilan di mana embrio di luar rahim).

2.Bengkak payu dara.
Sakit pada bahagian payudara  adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan. Ini terjadi oleh kerana perubahan hormon  bagi menyediakan saluran susu  untuk bayi yang bakal lahir dan ini mungkin akan berterusan melalui trimester pertama. Perubahan saiz coli  dialami kebanyakan ramai bakal ibu. Untuk mengatasi keadaan ini bakal ibu boleh cuba menggunakan coli sokongan yang boleh membuatkan  berasa lebih selesa.

3.Sembelit.
Semasa mengandung, pengecutan otot yang menggerakkan makanan melalui usus adalah perlahan kerana pada masa ini  tahap hormon progesteron adalah tinggi. Pemakanan tambahan seperti  besi (Iron) daripada sumber vitamin yang diambil dapat melegakan masalah sembelit bagi bakal ibu.  Keadaan sembelit  yang tidak selesa kerana gas/angin dalam badan membuatkan perut berasa kembung sepanjang kehamilan. Oleh itu digalakkan untuk meningkatkan pengambilan serat dan melakukan beberapa aktiviti fizikal ringan  juga mampu  membantu untuk mengatasi masalah sembelit.Jika sembelit benar-benar mengganggu anda, berbincang dengan doktor tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghilangkan masalah sembelit sepanjang kehamilan.


4.Keletihan.
Keletihan yang berlaku kerana badan sedang berusaha untuk menyokong janin yang semakin membesar.  Pastikan mendapat tidur atau rehat yang secukupnya. Jangan sesekali membebankan tubuh badan kerana dibimbangi akan memudaratkan keadaan dan kesihatan janin. Dan yang paling penting  pastikan anda mendapat cukup zat besi (terlalu sedikit boleh membawa kepada anemia, yang boleh menyebabkan keletihan yang berlebihan).

5.Mengidam
Citarasa ibu hamil boleh  boleh bertukar semasa hamil. Lebih daripada 60% wanita hamil mengalami ketagihan (mengidam) makanan. Untuk mengikut kehendak atau  keinginan dari semasa ke semasa adalah biasa dan sokongan suami amat penting kerana emosi juga mungkin terganggu apabila keinginannya tidak dituruti.. Tetapi pastikan apa yang diidamkan adalah makanan sihat serta rendah kalori rendah kalori.  Cuba kecualikan keinginan kepada makanan yang tidak elok dan memudaratkan kesihatan.

6.Kerap membuang air kecil.
Pada awal kehamilan saiz bayi masih agak kecil tetapi saiz rahim semakin meningkat dan ia menyebabkan tekanan ke atas pundi kencing.  Hasilnya,  bakal ibu ini mungkin merasa seperti sering mahu membuang air kecil namun jangan berhenti minum air  kerana badan  memerlukan air yang mencukupi.  Tetapi kurangkan pengambilan kafein  (yang merangsang pundi kencing), terutamanya sebelum tidur. Jangan ditahan jika mahu membuang air kecil.


8.Pedih ulu hati.
Semasa mengandung, badan menghasilkan lebih banyak hormon progesteron yang bertindak untuk melegakan/melembutkan  otot - termasuk otot dalam esofagus yang biasanya menyimpan makanan dan membawa asid ke dalam perut. Jadi keadaan otot ini  boleh menyebabkan refluks asid atau dikenali sebagai pedih ulu hati. Untuk mengelakkan luka dalam perut, makan dengan kerap tetapi makan dalam jumlah yang sedikit, jangan berbaring sejurus selepas makan; dan elakkan makanan  berminyak, pedas dan berasid seperti buah-buahan sitrus.  Anda juga boleh cuba menaikkan bantal anda apabila anda tidur.


9.Perubahan emosi.

Faktor keletihan dan perubahan hormon boleh menyebabkan ketidakseimbangan emosi yang membuatkan ibu merasa sekejap gembira sekejap pula berasa sedih, goyah dan ketakutan. Ia adalah perkara normal untuk menangis maka saat ini sokongan insan terdekat adalah amat penting.

10. Morning Sickness
Loya adalah salah satu gejala kehamilan yang umum  yang memberi kesan sehingga kepada 85% wanita hamil. Ia adalah hasil daripada perubahan hormon dalam badan dan ini  boleh berterusan  sepanjang  trimester pertama dan seterusnya. Untuk mengurangkan rasa loya, cuba makan makanan dalam jumlah  kecil, tinggi protein atau  makanan ringan  seperti keropok, daging, atau keju atau boleh juga  mengambil jus buah-buahan yang  seperti jus epal atau jus halia.

11.Pertambahan berat badan.
Pertambahan berat badan dalam waktu kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan wanita hamil namun tidak seharusnya mempunyai peningkatan yang keterlaluan kerana dibimbangi membahayakan kesihatan ibu dan anak. Semasa trimester pertama, ibu perlu mendapatkan  kira-kira 3-6 pound (doktor anda boleh mengesyorkan bagi anda untuk anda melaraskan pengambilan jumlah makanan selari dengan jumlah  berat badan sepanjang  kehamilan samaada kurang berat badan atau berat badan berlebihan). Anda hanya memerlukan kira-kira  150 kalori sehari semasa trimester pertama. Namun dapatkan kalori dengan cara yang sihat iaitu melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tambahan, susu, roti gandum, daging tanpa lemak untuk diet  atau pengambilan suplimen/multivitamin untuk membantu menyokong keperluan 2 insan dalam satu tubuh (ibu dan anak).



#1.ESP SOY PROTEIN: 
Yang membekalkan sumber protein, tenaga serta nutisi  utama kepada ibu dan anak

#2.OMEGA GUARD
Mengandungi omega- 3 yang amat penting untuk perkebangan otak dan saraf bayi.

#3. VITA LEA IRON FORMULA
Membekalkan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu dan anak.

#4.VITA C PLUS
Kandungan nutrien dan vitamin dalam Vitamin C penting untuk pembinaan antibodi bayi

#5. B COMPLEX
Sumber utama asid folik yang sangat penting untuk kedua-dua ibu dan anak

#6. OSTEMATRIX
Sumber utama kalsium dan magnesium penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi bayi serta mengelakkan osteoporosis bagi ibu hamil. 




No comments:

Post a Comment