Thursday, 27 August 2015

Apa yang perlu makan untuk ... kulit bersinar?



Semakin usia meningkat kulit kita menjadi lebih nipis, kurang elastik dan lebih terdedah kepada garis-garis halus dan kedutan tetapi cara pemakanan dan diet yang betul boleh mengubah keadaan struktur kulit seseorang. Diet yang sihat dan seimbang merupakan makanan kepada kulit yang sihat, cantik dan bersinar contohnya kurang berminyak, tiada campuran bahan kimia.


Berikut adalah tip-tip utama untuk mendapatkan kulit bersinar:

Protein
Makanan protein akan membekalkan asid amino yang bertindak sebagai blok bangunan atau kita panggik tisu pendinding untuk tubuh yang amat penting untuk penghasilan kolagen yang mampu menyihatkan dan menguatkan  kulit.

Lemak
Minyak ikan seperti salmon, ikan kembung , sardin dan ikan trout mengandungi lemak berfaedah yang menggalakkan penghidratan kulit menyebabkan kulit kelihatan lembut dan lembap. Minyak ikan membantu menjaga dinding sel supaya kelihatan lebih lembap dan lembut.

Kekacang
Kacang seperti walnut, hazelnut dan badam , serta benih seperti chia membekalkan sumber vitamin E, penghalang cahaya matahari yang aktif atau penghalang utam radikal beba dan mampu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV , di samping memastikan ia lembut dan lembap. Kekacang yang penuh dengan mineral termasuk zink amat membantu menyembuhkan jerawat dan mengurangkan keradangan dan kemerahan serta amat berguna untuk mereka yang mempunyai rosacea atau jerawat.

Rendah GI
Makanan rendah GI ( Glisemia Indeks) boleh membantu kita mengelakkan ketidakstabilan hormon yang boleh menyumbang kepada kerosakan kulit dan kedutan. Bijirin penuh seperti oat dan bijirin, adalah sumber yang sangat baik dan amat  penting untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat.

Makan makanan pelangi 
–hehhe....mesti cantikkan?? Eh bukanlah....maksud Husna buah-buahan...buah colouring kan..

Kajian telah mendapati bahawa karotenoid, antioksidan dalam buah-buahan yang berwarna terang dan sayur-sayuran boleh mengurangkan sensitiviti kulit kita dengan matahari.

Lycopene yang terdapat dalam buah-buahan merah dan sayur-sayuran , bertindak sebagai SPF untuk dalaman kulit anda, manakala kentang manis dan lobak merah, menyediakan beta- karotena  (Vitamin A) yang amat diperlukan oleh kulit.

Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen didalam tubuh. Kolagen merupakan agen penting untuk kecantikan dan keanjalan kulit. 

Pastikan anda tidak lupa untuk mengambil daun hijau gelap kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melindungi kolagen daripada rosak.

Apabila memilih buah-buahan dan sayur-sayuran , pilihlahyang lebih rendah- gula seperti pisang, anggur dan mangga serta buah-buahan kering.



.
YOur truly Shaklee Independent Distributor Husna Rahman
Looking for more healthy tips lets explore my page TIP SIHAT or FACEBOOK Husna Rahman  
or personally talk to me via sms/whatsapp 011-2557 9903 or e-mail me at husnasukahijau@gmail.com
Or meet me on instagram @husna.rahman
🚲..🚙..🚄..🚃..🚉..🚅..🚤..🚢
-Because life is a journey. A beautiful journey worth if you have a healthy life-


No comments:

Post a Comment