Wednesday, 15 April 2015

TIP KESIHATAN MATA





Mata merupakan organ yang sangat penting dan berharga. Oleh itu kita haruslah menjaga kesihatan mata dari sebarang jangkitan yang boleh mengundang bahaya. Walaubagaimanapun ramai dari kalangan kita tidak begitu mengambil berat tentang kesihatan mata. Ramai juga yang tidak sedar gaya hidup serta pemakanan sangat mempengaruhi kondisi mata yang sihat.

❄ Jarakkan mata dengan bahan bacaan à jarak yang sepatutnya ialah 30 sentimeter antara buku dan mata. Kaedah ini dapat menghindarkan kita dari menghidap rabun dekat.

❄ Elakkan membaca sambil baring-baring à Membaca sambil baring boleh mendedahkan dii dengan risiko penyakit miopi kerana ia hanya akan membuatkan mata berasa kurang selesa..Korang je selesa baring mata korang tak! Kalau lah mata korang boleh jerit “ aku terseksa” dah lama korang tak buat macam tu kan? 

❄ Jangan baca dibawah cahaya suram/gelap à Hah ni la faktor aku rabun kot. Mak nenek mak cik aku pesan sejak kecil dulu jangan baca buku dalam gelap…tapi aku degil…sekarang bertemankan mata 4 sapa yang rugi…aku jugak! Kenapa tak boleh baca dalam gelap? Pertama macam mana kau nak baca kalau tak nampak….kan dah cakap gelap mananya nak nampak? Hahah….ok sori…sebab kekurangan cahaya boleh membuatkan mata anda berasa letih kerana perlu bekerja keras untuk member tumpuan.

❄ Rehatkan mata à ambik 15-20 minit masa berharga korang tu untuk lakukan aktiviti santai yang tak membebankan mata korang tu. Bantulah mata korang untuk mata korang bantu korang lihat dengan jelas

❄ Makan sayur dan buah à Kandungan beta karotin dalam lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan  mata. Ia merupakan antioksidan yang boleh mengurangkan risiko mata tidak sihat serta jangkitan berbahaya. Alpha carotene antara kandungan semulajadi yang terdapat dalam Carotomax. Alpha carotene membantu untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan. 

❄ Patuhi tempoh kanta lekap à penggunaan kanta lekap sangat popular berbanding cermin mata maklum la kan kanta lekap yang variasi colour tu lebih trendy lagi menarik tertarik. Memandangkan ia sangat dekat dengan mata jangan sesekali menggunakan melebihi tempoh waktu yang ditetapkan. Harus diingatkan kanta lekap perlu dibuka dalam tempoh 12 jam agar mata boleh berehat dan bernafas.

❄ Kurangkan pengambilan ubat titis à Ramai yang amal ubat titis untuk mengurangkan rasa gatal pada mata. Sebolehnya kurangkan ubat titis kerana dibimbangi akan member kesan sampingan pada mata jika terlalu kerep menggunakannya. Apakata cuba amalkan carotomax pasti korang puas hati.

❄ Praktik senaman mata à Cuba fokuskan mata pada objek yang dekat dengan korang. Selepas itu lihat objek yang lebih jauh sedikit. Ulang proses tersebut beberapa kali bertujuan untuk merehatkan serta melatih mata. Atau korang boleh juga cuba dengan cara duduk dan rapatkan siku di bahagian pinggang. Selepas itu pejamkan mata dan tutup mata korang dengan menggunakan tapak tangan. Dalam kiraan sepuluh buka mata dan ulang kembali.

Selamat beramal!!! sehingga jumpa lagi 


░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█████████
░░███████░░░░░░░░░░███▒▒▒▒▒▒▒▒███
░░█▒▒▒▒▒▒█░░░░░░░███▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒███
░░░█▒▒▒▒▒▒█░░░░██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██
░░░░█▒▒▒▒▒█░░░██▒▒▒▒▒██▒▒▒▒▒▒██▒▒▒▒▒███
░░░░░█▒▒▒█░░░█▒▒▒▒▒▒████▒▒▒▒████▒▒▒▒▒▒██
░░░█████████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██
░░░█▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██
░██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒▒▒██
██▒▒▒███████████▒▒▒▒▒██▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒▒▒▒██
█▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒▒▒▒████████▒▒▒▒▒▒▒██
██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██
░█▒▒▒███████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██
░██▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█
░░████████████░░░█████████████████


No comments:

Post a Comment