Sunday, 5 April 2015

ISOLATED SOY PROTEIN ESP

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komrehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang dihasilkan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-genetically modified organism) yang diproses pada kadar suhu yang rendah.

Energizing Soy Protein oleh Shaklee menjamin penyedian 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Satu set ESP menyediakan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric, sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah keseluruh badan. Asid amino juga diperlukan untuk membina tisu baru, antibodi,  enzim dan sel darah merah.Hampir sebahagian daripada jumlah protein yang masuk ke dalam tubuh ditukar ral tertentu menjadi enzim setiap hari. Enzim ini khusus untuk mengawal kelajuan tindak balas biologi dalam badan dan membenarkan fungsi seperti mencerna makanan dan mengumpul atau membahagikan molekul untuk membuat sel baru.Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini enzim biasanya memerlukan vitamin dan mineral tertentu.(ESP dilengkapi dengan segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh).

Protein penting bertindak sebagai pembaik pulih tisu serta membina sel baru yang sihat.Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya.Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang telah rosak atau mati.Kebanyakan sel darah puth diganti setiap 10 hari manakala SEL KULIT DIGANTI SETIAP 24 HARI. Oleh sebab itu ia penting untuk menjadikan kulit kita sihat dan cantik.  Tahukah anda otot, rambut, kuku, kulit dan mata terdiri daripada protein.Begitu juga dengan sel yang membina hati, buah pinggnag, jantung paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Kebaikan lain ESP
Awet muda -  Asid amino penting untuk kulit,otot,kuku,darah,gland dan lain-lain. Ia menjadi kunci kepada awet muda
Baik untuk hormon -  Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavines, fungsinya bersamaan dengan hormon  wanita. Membantu merendahkan paras kolestrol , osteoporosis dan sakit jantung
Baik untuk prostat -  Genistein yang terkandung dalam kacang soya berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Sangat baik untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
  Kulit remaja -  Meransang pembentukan semula kulit, menggantikan kulit yang rosak, mengurangkan kesan parut serta mengurangkan kedutan.
Pembekal tenaga -  Tahan lapar, sangat sesuai bagi yang dalam proses diet, meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
Membaiki pigmentasi -  Membaiki masalah rambut, beruban, gugur, kedutan dan kesan tua.
Membaiki memori -  Tingkatkan kualiti memori, dorongan seksual dan rangsangan


Kepentingan protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan plbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein mentebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu asid amino?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein berbeza mengikut kepada kepeluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino yang tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid aminoyang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Kandungan ESP oleh SHAKLEE menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia juga memastikan kacang soya bebas daripada pembedahan peubahan genetic daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Tahukah anda?

Indeks glisemik menempatkan kdudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa kedalam sistem badan. Mengekalkan paas gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah potein soya diproses dengan alcohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genisten dan daidzen yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.






No comments:

Post a Comment