Monday, 27 April 2015

Fahami apa itu RADIKAL BEBAS VS ANTIOKSIDA?



Setiap kita menginginkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Bagaimanapun keadaan skilling yang agak tercemar dan ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan ramai orang yang menderita penyakit tanpa menyedarinya.

Oleh itu amat penting untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan kecergasan tubuh. Jika kita tidak berupaya untuk mengambil makanan yang seimbang, kita perlu mengambil makanan tambahan/suplimen untuk menampung kekurangan nutrien di dalam diet.


Tubuh kita selalu terdedah kepada radikal bebas yang boleh mendatangkan kerosakan kerana kehadiran yang berlebihan di dalam tubuh boleh merosakkan sel dan menjejaskan fungsi normal sel.



Radikal bebas member kesan yang sangat besar dalam kehidupan setiap insan. Semakin banyak seseoarng itu terdedah kepada radikal bebas semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kronik


Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil ANTIOKSIDA yang betul dan mencukupi.


APA ITU RADIKAL BEBAS?


Radikal bebas ialah sebarang atom atau molekul yang kehilangan atau kelebihan satu electron sehingga ia menjadi tidak stabil. Elektron seharusnya berpasangan untuk kestabilan radikal bebas yang terhasil daripada metabolisma tubuh dan faktor  luaran seperti asap rokok, sinaran ultra lembayung, perasa dan pewarna tiruan.


Kesan radikal bebas di dalam tubuh?

Penyakit kencing manis
Darah tinggi
Barah
Penyakit kardiovaskular
Kulit yang tidak sekata
Merosakkan struktur kulit

Penyakit yang terhasil akibat radikal bebas yang tidak stabil ini berbentuk kronik dan memakan masa yang agak lama untuk disedari.


Tubuh kita sebenarnya menghasilkan enzim-enzim untuk mengawal serangan radikal bebas. Antioksida adalah nutrient anti radikal bebas dan boleh memulihkan kerosakan yang terjadi disebabkan oleh radikal bebas. Antioksida merupakan penyahtoksik semulajadi yang penting.

Pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi penting untuk melindungi tubuh daripada aktiviti toksik dan menyingkirkanya. Semakin banyak tubuh badan terdedah  kepada sumber radikal bebas semakin banyak antioksida yang diperlukan oleh tubuh.

Setiap antioksida adalah unik dan terkhusus kepada bahagian-bahagian tubuh yang tertentu.

Amalan pemakanan yang baik dan pengambilan pelbagai jenis makanan tambahan antioksida akan melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas dan toksik alam sekitar.

Bayangkan  antioksida sebagai sekumpulan tentera yang mempertahankan tubuh kita daripada serangan radikal bebas. Jadi sudah tentu gabungan beberapa kumpulan tentera akan lebih berkesan dalam mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas.




Terdapat banyak jenis sumber antioksida di dalam vitamin contohnya Vitamin C, Vitamin E, Karotenoid astaxanthin, karotenoid beta karotene, selenium, lutein, zeaxanthin, asid alfa lipik dan CoQ10 yang boleh diperolehi daripada sumber pemakanan.


Komponen terbaik antioksida

 Vitamin E dan beta karoten merupakan dua komponen antioksida yang amat baik
Melalui kajian yang dijalankan antara sumber komponen antioksida yang paling baik ialah astaxanthin.

Astaxhanthin adalad sejenis pigmen semulajadi yang larut lemak dan diperoleh daripada pelbagai sumber lautan seperti alga mikro, salmon, udang, ketam dan udang karang.

Namun sumber astaxanthin daripada alga mikro adalah yang paling baik kerana kepekatan pigmen karotenoidnya yang tinggi.

Kajian lain mendapati astaxhanthin mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindak balas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksok kepada badan manusia. Penggunaan antioksida astaxhanthin boleh menghalang daripada memudaratkan tisu badan akhirnya menyebabkan masalah kulit seperti kulit kering, berminyak, jerawat dan permasalahan kulit yang lain.


Golden info:
Bagaimana nak memastikan kandungan sumber antioksida vitamin yang terbaik untuk diamalkan oleh semua?

Sebelum memilih sumber vitamin antioksida yang terbaik untuk anda pastikan terdapat semua atau sekurang-kurang satu sumber antioksida yang telah dinyatakan iaitu :  Vitamin C, Vitamin E, Karotenoid astaxanthin, karotenoid beta karotene, selenium, lutein, zeaxanthin, asid alfa lipik dan CoQ10.


CAROTOMAX SHAKLEE menyediakan sumber antioksida penuh sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur



Pastikan ia mengandungi d-alpha tocopherol untuk menentang tindak balas dalam sel mitochondria hati. Pastikan vitamin antioksida anda sekurang-kurangnya mengandungi sumber-sumber tersebut untuk kesan yang lebih efektif dan selamat. Insyaallah.


GLA COMPLEX SHAKLEE



Shaklee telah menyediakan sumber vitamin terbaik dalam menentang radikal bebas di dalam tubuh kita. Amalkan hanya yang terbaik untuk mendapatkan kualiti hidup dan kesihatan yang juga terbaik. Hanya yang terbaik untuk anda.


Husna bantu anda!

 SignatureHusnaRahman

No comments:

Post a Comment